Tuesday, March 1, 2011

HALAMAN UTAMA
















TAJUK :

Sejarah Penubuhan dan Kegiatan Masjid Tok Kenali,Kubang Kerian,Kota Bharu,Kelantan.

DISEDIAKAN UNTUK :

Ustaz Abd Aziz b.Harjin,

Pensyarah CTU151.

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA : Nur Nadia Amalina bt Mohd Izani

NO MATRIK : 2010297378

KUMPULAN : ASD2en

TARIKH HANTAR : 1 MAC 2011

ISI KANDUNGAN

· ABSTRAK

· PENDAHULUAN

· PROFIL IMAM MASJID

· FAKTA TOK KENALI

· SEJARAH PENUBUHAN MASJID

· PERANAN MASJID

· MASALAH YANG DIHADAPI

· PENYELESAIAN

· PENUTUP

· SUMBER RUJUKAN

ABSTRAK

Masjid atau dalam perkataan Arab iaitu ‘sujud’ atau ‘sajada’ membawa maksud tempat sujud.Masjid ialah tempat untuk beribadah bagi umat Islam.Masjid bukan sahaja didirikan di Negara-negara Islam malahan di Negara Barat juga terdapat masjid-masjid untuk memudahkan umat Islam menunaikan ibadah walau di mana sahaja mereka berada.Sejak zaman Rasulullah, setiap kejayaan dan kemajuan umat Islam pada waktu itu bermula di masjid.Oleh itu, masjid ialah tempat yang sesuai untuk menjalankan perbincangan mengenai hal-hal keagamaan,menjalankan kegiatan berdakwah dan menjadi pusat rujukan sesama Muslim.Terdapat 3 buah masjid yang dimuliakan oleh umat Islam di seluruh dunia iaitu Masjidil Haram di Makkah,Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin. Masjid-masjid di atas muka bumi ni mestilah dilindungi dan dijaga dengan baik memandangkan bangunan tersebut diibaratkan sebagai ‘rumah Allah’ yang mesti dijaga kesuciannya.Selain itu, masjid juga memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia.Masjid boleh dijalankan acara-acara seperti majlis Maulidur Rasul,majlis Syura’,majlis akad nikah dan lain-lain lagi. Sebagai kesimpulannya, masjid sememangnya binaan yang perlu dijaga dan dipertahankan sebagaimana kita mempertahankan Islam di dalam diri masing-masing.

PENDAHULUAN

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan CTU151 – Sejarah Penubuhan dan Kegiatan Masjid Tok Kenali, Kubang Kerian,Kelantan.

Saya telah memilih masjid di kawasan tempat tinggal saya iaitu Masjid Tok Kenali sebagai sumber untuk tugasan ini.Tujuan saya mengetengahkan masjid ini adalah kerana nama Tok Kenali itu sendiri yang terkenal dalam kalangan tokoh-tokoh agama.

Dalam tugasan ini,saya ingin menonjolkan serba sedikit sejarah di sebalik penubuhan masjid ini di samping kegiatan yang selalu dijalankan di masjid ini.Seperti masjid-masjid di kawasan lain,masjid ini turut mempunyai aktiviti yang selalu dijalankan oleh penduduk-penduduk kawasan ini untuk menghidupkan masjid dan mengeratkan silaturrahim.

Melalui tugasan ini,saya berharap agar semua dapat mengenali Masjid Tok Kenali ini dengan lebih dekat dan mendalam.Sejarah mengenai Tok Kenali juga akan saya ketengahkan untuk pengetahuan tambahan.

Akhir kata,saya berharap agar tugasan ini dapat memberi manfaat kepada semua berdasarkan maklumat-maklumat yang telah diberi.

Sekian,wassalam…

PROFIL IMAM

Nama penuh beliau ialah Tuan Guru Hj.Lokman bin Tuan Haji Ahmad bin Tok Kenali.Di kampung,beliau dikenali dengan panggilan Ayah Man.Beliau dilahirkan di atas rumah Tok Kenali di Kubang Kerian,Kelantan pada 21 Jun 1938. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1,beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Maahad Muhammadi,Kubang Kerian.Beliau juga meluangkan masa untuk mendalami ilmu-ilmu agama dengan belajar pondok bersama ayahnya sendiri.Beliau mempunyai 8 orang adik-beradik dan beliau merupakan anak yang ketiga.Antara nama-nama adik-beradik beliau ialah Rahmah,Ridzuan,Lokman,Nordin,Wardi,Abdullah Zaki,Balia dan Nai’mah.Mereka sekeluarga sangat rapat.Beliau mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan bernama Hajah Norma bt. Mohamad Rani dan dikurniakan 2 orang cahaya mata. Seorang anaknya sedang mengambil profesion perguruan di Maktab Perguruan di Perlis dan seorang lagi sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sarawak.

Tuan Guru Hj.Lokman bin Tuan Haji Ahmad merupakan penasihat masjid Tok Kenali dan menjadi Nazir Dewan Tok Kenali. Selain menguruskan hal-hal berkenaan Masjid Tok Kenali,beliau pernah melibatkan diri dan menjadi ahli bagi Parti 46.Selain Parti 46, beliau juga ahli bagi Parti Keadilan.Selain dikenali di Kelantan,beliau turut aktif menyebarkan dakwah-dakwah islamiah di negeri-negeri lain.Beliau pernah menjadi tetamu khas dan menyampaikan khutbah untuk penuntut-penuntut Universiti Malaya di Masjid Universiti Malaya di Kuala Lumpur.Khidmat beliau juga diperlukan sebagai setiausaha ulamak Parti Berjasa di Kuala Lumpur.Sekarang beliau aktif menjadi Yang Di pertuan Pergerakan Pondok Tok Kenali.Tuan Guru Hj.Lokman juga banyak menulis di lembaran-lembaran akhbar ketika beliau bertugas di Universiti Malaya,Kuala Lumpur.Antara akhbar yang pernah dilakar dengan ilmu-ilmu keagamaan dan dakwah oleh beliau ialah Utusan Melayu,Berita Harian,Harakah dan banyak lagi. Bidang penulisan beliau ialah menyeluruh dan menyentuh segala aspek keagamaan demi membuka mata dan memberi ilmu pengetahuan untuk semua masyarakat tanpa mengira agama dan juga bangsa.